Pages

Thursday, 16 July 2020

PENGUMUMAN PRODUK PERTAMA

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan.. Produk pertama kami adalah PENTERNAKAN BURUNG PUYUH.

Proses ini akan melalui beberapa fasa yang telah ditetapkan.Penternakan ini akan merangkumi Puyuh Telur dan juga Puyuh Daging.Bahkan jika diberi keizinan,penjualan Anak-Anak Puyuh yang baru menetas juga akan dilakukan.

Untuk permulaan perniagaan,pihak kami terlebih dahulu akan memfokuskan kepada pengeluaran produk seperti TELUR PUYUH.Dan ianya akan dipasarkan untuk pasaran setempat terlebih dahulu.

Insyaallah kerja2 untuk membuat reban akan dimulakan tak lama lagi.Manakala untuk  produk-produk yang lain akan menyusul selepas ini...

Sekian. 

#puyuh 
#penternakan
#perikanan
#tanaman
#PertanianAdalahPerniagaan

CADANGAN 9

SERAI

SUMBER : WIKIPEDIA

Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogon citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.

Serai mudah ditanam di mana-mana jenis tanah kecuali kawasan berair atau berpaya. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batang serai dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.

Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan, dan makanan laut.

Terdapat lebih 50 spesies Cymbopogon. Serai India Timur (Cymbopogon flexuosus) adalah tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand sementara Serai India Barat (Cymbopogon citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua-dua boleh digunakan, C. citratus lebih sesuai untuk memasak. Di India C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian.

Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak citronella didapati. Lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.

CADANGAN 8

TERNAKAN IKAN TALAPIA MERAH

SUMBER : GOOGLE

TILAPIA MERAH (Oreochromis niloticus) merupakan spesis atau sejenis ikan tilapia yang popular di Malaysia. Ikan ini disukai dan menjadi kegemaran oleh penternak kolam ikan air tawar, ternakan dalam sangkar dan dalam sistem kolam kanvas kerana mampu memberikan keuntongan dan hasil lumayan. Keupayaan ikan tilapia merah membesar dengan cepat, cepat membiak, mudah diuruskan dan kurang serangan penyakit serta penerimaan pengguna menyababan permintaan keatasnya terus tinggi. Pengalaman saya memberikan khidmat nasehat mengenai penternakan ikan tilapia merah semasa bertugas di MIADP tahun 1980 hingga 1990'an memberikan banyak pendedahan akan industri ikan ini. Artikel ini berkisar teknologi menterkan ikan tilapia merah untuk bacaan umum.

Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos pengeluaran dan menemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan sahaja. Pada kebiasaanya saya dapati anak ikan tilapia yang berumur 2-3 bulan iaitu bersaiz 50-70 gm seekor sesuai untuk dipindah kedalam sangkar ternakan. Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu pengasuhan anak ikan, pelepasan stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz. Ini akan menjamin bahawa peratus kematian anak ikan dapat diminimakan.

Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam sangkar atau kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat, cepat membesar dan mempunyai saiz yang seragam (Purata berat sekitar 50-70 gm seekor) serta memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan dalam sangkar menggunakan ’haba’ jika perlu. Baka benih mesti diperolehi dari baka induk yang boleh membesar atau jenis F1. Anak-anak ikan tilapia dari generasi yang telah lama tidak disyorkan untuk dijadikan anakbenih.

Pengalaman saya di Kelompok Kolam Sg Buloh dan Kelompok Ikan Felda Kemendor di Melaka mendapati kadar pelepasan benih (stocking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal anak benih tilapia merah yang bersaiz kecil antara 2.5 – 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerja-kerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam tanah yang mudah dikawal dan selamat. Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar pada peringkat asuhan antara 3,000 – 4,000 ekor satu sangkar. Kadar pelepasan anak ikan pada peringkat asuhan dalam kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm (50-70 gram seekor) maka anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x 6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor . Pastikan aliran ari sempurna dalam sistem tersebut.

Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaran berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan. Seterusnya dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap sangkar.

Pemerhatian saya mendapati lazimnya ikan tilapia merah akan dituai apabila mencapai purata saiz 500-600 gm seekor. Kadar pembesaran ikan banyak bergantung kepada kuantiti makanan diberikan, kualiti air, kadar stok dalam sangkar dan serangan perosak. Bagi tujuan untuk pasaran restoran selalunya penternak memberikan keutamaan kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor saya dapati adalah lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400 kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan terkejut(stress).

Pada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan Melaka dan Johor hanya tertumpu untuk kegunaan dalam negeri sahaja dan hanya sebahagian diekspot ke Singapura. Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan mati. Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati. Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM5.00- RM6.00 sekilogram

Ikan tilapia sesuai dimasak dalam berbagai menu. Saya paling suka makan ikan tilapia merah goreng dimasak sambal atau dimasa 3 rasa. Ikan yang bersaiz besar lebih dari 600 gram seekor memang sesuai dihidangkan untuk seramai 3-4 orang. Ikan tilapia masak kicap juga sesuai dihidangkan bersama dengan nasi putih yang panas dan lembut. Terdapat juga ikan tilapia yang dibuat ikan pekasam dan ikan kering jika ada kuantiti yang banyak. Kalau pergi Pasar Rabu di Alor Setar kita boleh dapatkan ikan tilapia merah dibuat pekasam dengan harga RM 5.00 - RM 6.00 setiap 300-400 gram. Makanlah ikan tilapia untuk dapatkan kelazatannya.